Kerajaan Kurz | |
---|---|
Kabinet di Austria | |
2017 | |
Tarikh dibentuk | 18 Disember 2017 |
Tarikh dibubarkan | 28 Mei 2019 |
People and organisations | |
Dilantik oleh | Alexander Van der Bellen |
Canselor | Sebastian Kurz (2017–19) Hartwig Löger (pemangku; 2019–kini) |
Timbalan Canselor | Heinz-Christian Strache (2017–19) Hartwig Löger (2019–kini) |
Parti anggota | Parti Rakyat Parti Kebebasan (2017–19) |
Status dalam perundangan | Majoriti campuran (2017–19) Kabinet minoriti separa-teknokratik (2019–kini) |
Jumlah menteri | 13 |
Parti pembangkang | Parti Demokratik Sosial Parti Kebebasan (2019–kini) NEOS JETZT |
Pemimpin pembangkang | Pamela Rendi-Wagner (SPÖ) |
History | |
Pilihanraya | Pilihanraya perundangan 2017 |
Pendahulu | Kerajaan Kern |
Kerajaan Kurz (Jerman: Bundesregierung Kurz ) adalah kerajaan Austria terkini yang mula diasaskan pada 18 Disember 2017. Ia mengantikan kerajaan Kern berikutan dengan kemenangan dalam pilihanraya 2017. Sebastian Kurz, pemimpin tengah-kanan ÖVP, mencapai persetujuan sebuah pakatan dengan kumpulan sayap-kanan FPÖ, menjadikan beliau canselor Austria baharu. Kabinet telah dilantik oleh Presiden Alexander Van der Bellen.[1]
Ekoran kebangkitan skandal Ibiza pada bulan Mei 2019, Kurz telah memecahkan persetujuan pakatan dan menyeru untuk sebuah pilihanraya semula, yang dijangka pada bulan September 2019. Kurz mengumumkan bahawa kerajaan beliau akan bekerja sebagai sebuah kerajaan peralihan minoriti teknokratik sehingga pilihanraya.[2] Bagaimanapun, pada 27 Mei 2019, kerajaan Kurz telah dijatuhkan oleh Majlis Negara melalui sebuah usaha undi tidak percaya, usaha pertama yang berjaya dilakukan pada zaman Austria moden.[3] Penamatan sebenar kabinet akan dilakukan oleh Presiden Van der Bellen.[4][5]